Friday, 1 February 2008

Apa ada pada nama?

Orang selalu kata, "apa ada pada nama?", Tapi dalam Islam pun ada cakap, nama tu penting,sebab tu kita digalakkan memberi nama pada anak2 kita dengan nama yg baik. sebab nama tu satu doa. kalu disebut dengan penuh lah. Kalau nama Muhammad, panggil Muhammad, jgn panggil mamat lah mat lah. dah lain maksudnye.

Apa yg nak ditulis ni sebenarnye?...ehehehe....

Namaku Raha. Dlm bahasa Arab bermaksud rehat. Kawan2 baru selalunye terkejut bila diorang dapat tau nama aku Raha. hanya Raha. sejarah nama aku agak menarik lah jugak. nama ni arwah atuk yg bagi. nama ni ringkas sebab dia nak sebut dalam doa lepas azankan aku. Abah aku takde masa tu sebab dia kerja jauh kat Johor sedangkan aku lahir kat Selangor. Atuk bagi nama Raha yg bermaksud rehat sebab aku lahir 1 Mei .Cuti hari buruh. Semua pekerja tgh berehat la masa tu kan. hehehe....lagipun aku lahir pukul 4.10 pagi. Memang kebanyakan org tengah rehat la masa tu.heheheh...

Atuk cakap jugak kat mak n abah, kalau nak tukar, tukar jerlah. tapi diorang tak nak. Hormatkan atuk kan.

Jadi, nama seringkas tu, family n org2 sekeliling pun panggil dgn panggilan penuh. walaupun aku ada nama panggilan kat umah. tapi selalu org panggil nama penuh. nama tu satu doa kan. aku pun dapat rasakan kesan nama tu pada diri aku. aku ni jenis yang simple.tak suka benda2 yg complicated. nak senanggg...... jer lah kiranya. kadang-kadang boleh dianggap pemalas lah jugak.heheheh


Nak dijadikan cerita, baru sekarang aku rasakan kesan sebenar nama Rehat ni. Bulan Januari ni genaplah 9 bulan aku menganggur.Tak rasa macam nak keje pun. Lebih2 lagi abah aku baru jer 4 bulan lepas meninggal dunia. Habis je study,aku duduk rumah temankan mak n abah aku. sempat lah jugak aku jaga dia sebulan sebelum dia meninggal. sebab mak aku pun tak sihat sangat.

O rang2 sekeliling ada jugaklah yg pandang serong, nak cakap yg aku ni memilih keje,malas dsb. tapi aku buat dono jer. aku takkan buat sesuatu hanya untuk memuaskan hati pihak lain kecuali kerana Allah S.W.T dan mak aku. Mak aku bengang jugak sebenarnye dengan aku.tapi sayang punya pasal dia biar jerlah.:) aku pun ambik kesempatan lah atas kasih sayang beliau itu. jahatkan aku...


Tapi yg penting aku tak boleh salahkan nama aku plak dalam hal ni. sebenarnye semua bergantung pada diri aku sendiri. Allah pun ada beritahu dalam al-Quran yang Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. aku takberusaha bersungguh2 utk mencapai cita2 aku. Ntahlah,sampai bila aku nak jadi macam ni.
Terlalu selesa dalam dunia aku sendiri....

Wednesday, 30 January 2008

I'm a new blogger!!!!

Pertama kali create blog ni. Petang tadi masa temankan mak beli barang, tergerak hati nak beli majalah PC.Issue Feb '08. Main topic pasal blog.Baca punya baca tergerak hati plak nak create blog. Dalam artikel tu disebut hos blog yg paling popular,apa lagi kalau bukan blogger.com. So, terus log in guna google account....and....tadaaaa.....terhasillah posting yg pertama ni.

Dlm artikel tu ada jugak menyebut salah satu sebab2 orang menulis dlm blog ialah untuk meluahkan perasaan dan itulah yg aku nak buat sekarang. Sebenarnya tadi aku baru je check permohonan rayuan untuk KPLI Jan '08 intake. Unfortunately,aku tak dapat. Ramai lah member2 n family yg mengucapkan takziah. terima kasih diucapkan. Sebenarnye honestly, aku rasa aku tak buat yg terbaik masa interview tu,thats why aku tak dapat. lagipun, aku tak mintak bersungguh2 pada Allah S.W.T. Sebab tu lah aku tak dapat. Sebelah hati aku redha tapi yg sebelah lagi rasa sesak.....tapi life must go on.....kan...

Aku akan cuba minta untuk intake tahun depan plak.Insya-Allah..